Pada 7 Mei 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan membuat pertimbangan dengan teliti untuk menjadikan Hari Buruh pada 1 Mei sebagai hari kelepasan am di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail memaklumkan, beliau akan membawa perkara berkenaan ke sidang kabinet untuk dibincangkan. Beliau berkata demikian setelah mengadakan pertemuan hampir dua jam bersama pihak MTUC serta pegawai kanan Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 7 Mei 1968 – Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohd. Khir Johari memaklumkan seramai 45,000 pelajar Melayu daripada 91,000 orang yang mengambil peperiksaan penilaian darjah lima telah gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
- 7 Mei 1969 – Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mengumumkan, kerajaan akan membina sebuah jambatan menghubungkan Pulau Pinang dengan Seberang Perai yang berharga RM70 juta.
- 7 Mei 1972 – Sebuah ibu sawat paling moden di negara ini yang berharga RM4 juta sedang dalam pembinaan di Kajang dan dijangka siap Februari tahun hadapan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]