Anggota-anggota komunis kejam-Tunku - Utusan Malaysia

Anggota-anggota komunis kejam-Tunku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Mei 1969, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman hari ini telah mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh anasir-anasir komunis dan penyokong-penyokongnya yang berniat untuk menghancurkan pemerintahan demokrasi di negara ini.

Tunku menyifatkan anasir-anasir ini tidak mempunyai sedikit pun perasaan timbang rasa sesama manusia. Kata Tunku, “Tujuan mereka ialah untuk membunuh anggota-anggota polis. Saya tidak tahu mengapa golongan komunis ini memusuhi polis“.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Mei 1968 – Dua orang penyanyi terkenal Indonesia, Titik Puspa Elly Kassim dan Tuty Daulai telah diundang untuk menyanyi di Radio Malaysia.
  • 6 Mei 1969 – Kawalan rapi dilakukan di Kepong, Kuala Lumpur susulan berlakunya pertempuran antara pasukan polis dengan penyokong penyokong Parti Buruh yang menyebabkan seorang terbunuh.
  • 6 Mei 1970 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhubung dengan pakar-pakar dari Jepun, Switzerland dan Jerman bagi menjalankan projek landasan kereta api Bukit Bendera.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN