PUSPATI perlu jadi pusat nuklear utama di Asia Tenggara - Utusan Malaysia

PUSPATI perlu jadi pusat nuklear utama di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Jun 1984, Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mahukan Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (PUSPATI) menjadi sebuah pusat pengkajian tenaga nuklear yang terbesar di Asia Tenggara.

Perdana Menteri turut menegaskan, PUSPATI mampu mencapai tahap tersebut berdasarkan kemajuan yang telah dicapai hasil daripada penyelidikan dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Jun 1982 Atlet muda dari Daerah Kubang Pasu, Md. Jadid Saidon berjaya mencipta rekod baru acara lompat jauh lelaki dalam kejohanan olahraga MSSK kali ke-23 di Stadium Darul Aman.
  • 6 Jun 1984Kastam telah berjaya merampas sembilan buah kereta jenis BMW dianggarkan bernilai RM1.3 juta yang cuba dibawa masuk ke negara ini secara haram di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
  • 6 Jun 1985 – Rancangan ‘Tekaria‘ terbitan Radio Televisyen Malaysia muncul sebagai rancangan paling popular sejak RTM ditubuhkan sejak 39 tahun yang lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya