Batu marmar Kedah antara yang terbaik di dunia - Utusan Malaysia

Batu marmar Kedah antara yang terbaik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Jun 1982, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Kedah bercadang memajukan perusahaan marmar secara besar- besaran memandangkan marmar yang terdapat di negeri ini merupakan antara yang terbaik di dunia.

Tiga jenis marmar keluaran Kedah Marble Sdn. Bhd. di Langkawi telah dipamerkan pada pameran marmar antarabangsa di Rome baru-baru ini dan para pembeli menyatakan marmar tersebut lebih bermutu daripada keluaran Eropah.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 Jun 1979 – Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta bagi menjadikan pantai Teluk Batik sebagai satu kawasan pelancongan
    yang termoden di Perak.
  • 11 Jun 1982 – Polis berjaya menumpaskan kumpulan haram ‘18 Immortal Gang‘, apabila 14 orang anggotanya dari Perlis termasuk ketua kumpulan itu telah diberkas.
  • 11 Jun 1983Hizbul Muslimin Malaysia atau HAMIM, parti politik yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS, Datuk Mohamad Asri Muda telah berjaya didaftarkan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya