Gua Musang bakal jadi bandar moden di Kelantan - Utusan Malaysia

Gua Musang bakal jadi bandar moden di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 April 1982, Utusan Malaysia melaporkan pekan terpencil Gua Musang di Daerah Ulu Kelantan akan dibangun serta dimodenkan menjadi sebuah bandar besar dan indah, seterusnya menjadi nadi penggerak dan agen pembaharuan di daerah itu.

Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, dengan adanya rancangan-rancangan pembangunan di kawasan itu serta rancangan susulan, masa depan rakyat Ulu Kelantan akan bertambah baik dan terjamin.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 April 1981 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kerja-kerja permulaan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
  • 23 April 1982 – Para anggota RELA diseru memerangi komunis, puak pelampau dan perkauman bagi mengekalkan perpaduan negara, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Adib Adam.
  • 23 April 1983 – Pengarah dan pelakon muda, M. Jamil, 19 tahun, anak Seniwati Sarimah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang fotografi dan lakonan di Amerika Syarikat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya