Skim Pampasan Kemalangan Pekebun Kecil Getah dilancarkan - Utusan Malaysia

Skim Pampasan Kemalangan Pekebun Kecil Getah dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Februari 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Skim Pampasan Kemalangan Pekebun Kecil Getah untuk melindungi sekitar 500,000 orang penoreh di seluruh negara ketika ditimpa kemalangan semasa bekerja dilancarkan secara rasmi hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam ketika melancarkan skim berkenaan di Bota Kanan, Perak memaklumkan, skim ini diwujudkan atas kesedaran bahawa golongan berkenaan amat memerlukan bantuan dan bimbingan daripada kerajaan dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan mereka.

 

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Februari 1980 – Sebuah syarikat filem bumiputera, ‘Artistik Filem‘ yang ditubuhkan di Negeri Sembilan telah melancarkan filem sulung terbitannya berjudul ‘Badek Lang Buana‘.
  • 29 Februari 1984 – Satu projek yang dinamakan ‘pasukan runding cara dan tindakan anti dadah tetangga‘ sedang disusun dalam usaha memerangi najis dadah di seluruh negara.
  • 29 Februari 1988 – Sebuah syarikat di Arab Saudi bercadang untuk membuka restoran makanan Malaysia di Riyadh dan beberapa bandar besar lain di negara berkenaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya