Muzium Negara bina semula pusara Mat Kilau - Utusan Malaysia

Muzium Negara bina semula pusara Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Februari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Muzium Negara telah membina pusara pahlawan Pahang, Mat Kilau di tanah perkuburan Islam di Kampung Pulau Tawar, Jerantut.

Pusara yang bernilai RM4,000 itu dibina dengan menggunakan simen dan besi dengan keluasan sekitar (20 X 30) kaki persegi dan di dalamnya menempatkan pusara Pahlawan Mat Kilau dan pusara ibunya, Teh Mahada Tok Kaut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Februari 1977Pemain sepak takraw kebangsaan, Azmi Harun dan pemain ping pong Piala Dunia, Yeong Yoke Keng telah dipilih
    sebagai olahragawan dan olahragawati Perak 1975.
  • 6 Februari 1979Tun Sardon Jubir hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bagi penggal kedua
    dalam satu istiadat ringkas di Dewan Undangan Negeri.
  • 6 Februari 1980Lima belas buah gerabak baru bernilai RM6 juta bakal digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu bagi memulakan
    perkhidmatan ‘tanpa henti‘ antara KL-Butterworth dan KL-Singapura bulan ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.