Bas mini untuk atasi kesesakan di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Bas mini untuk atasi kesesakan di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Februari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri Tun Abdul Razak hari ini memaklumkan, kerajaan akan mengambil langkah segera dengan memperluaskan perkhidmatan bas mini bagi mengatasi masalah pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Katanya lagi, keutamaan akan diberikan kepada orang-orang perseorangan, khasnya bekas anggota keselamatan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 24 Februari 1973Kontena Nasional, iaitu sebuah syarikat bersekutu di bawah PERNAS telah dilantik menjadi pengangkut barang- barang milik kerajaan.
  • 24 Februari 1975Syarikat Sri Wanita Perak yang dimiliki oleh Pergerakan Wanita UNMO Perak telah memulakan kerja-kerja pembalakan di kawasan seluas 500 ekar di Pepulot, Grik.
  • 24 Februari 1977Cukai eksais 10 peratus ke atas bateri yang dicas semula telah dimansuhkan selama setahun mulai hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya