Mogok bas mini: JPJ tidak tunduk kepada ancaman - Utusan Malaysia

Mogok bas mini: JPJ tidak tunduk kepada ancaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Disember 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman untuk mogok daripada pengusaha bas mini.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Halim Abdullah menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang terhadap mereka yang salah.

Para pengusaha bas mini di Kuala Lumpur dikatakan akan melancarkan mogok selama seminggu mulai 1 Januari sekiranya tiada penyelesaian tercapai dalam rundingan antara mereka dengan JPJ serta polis mengenai isu membawa penumpang berlebihan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Disember 1972 – Kira-kira 15,000 orang di Terengganu setakat ini telah diberi suntikan mencegah taun dan demam kepialu berikutan
    dengan kejadian banjir yang berlaku sekarang.
  • 25 Disember 1977Perak adalah negeri yang paling serius diancam komunis dari lain-lain negeri di Malaysia, kata Ketua Turus Logistik,
    Mejar Jeneral Hassan Mohd. Salleh.
  • 25 Disember 1979 – Penyanyi terkenal D.J. Dave akan mengadakan konsert di gelanggang luncur ais di tingkat bawah Sungei Wang Plaza sempena sambutan hari Krismas.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya