Bandar Diraja Kuala Kangsar bakal dipindahkan - Utusan Malaysia

Bandar Diraja Kuala Kangsar bakal dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Januari 1979, Utusan Malaysia melaporkan pusat Bandar Diraja Kuala Kangsar akan berpindah ke satu kawasan 6.8 hektar antara Jalan Taiping dengan Jalan Hogan dalam Rancangan Malaysia Ketiga.

Pusat bandar tersebut yang akan menelan belanja berjuta-juta ringgit akan dibangunkan oleh Syarikat PERUDA, SEDC dan UDA khusus untuk memodenkan bandar itu di samping mengelakkan daripada ancaman banjir.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Januari 1977 – Kesatuan Pekerja-Pekerja Hospital Universiti Malaya melancarkan piket selama setengah jam di pekarangan hospital itu sebagai langkah pertama menuntut kenaikan gaji.
  • 18 Januari 1978 – Menurut Jabatan Kaji Bumi, kawasan lilitan pusat (central belt) di Semenanjung Malaysia dipercayai mengandungi bahan-bahan galian bermutu tinggi seperti emas, perak dan tembaga yang masih belum digali.
  • 18 Januari 1982 – Sebuah agensi swasta dikenali sebagai Biro Bantuan Rakyat (Citizens Aid Bereau) ditubuhkan dengan peranan memberi khidmat percuma kepada orang ramai yang menghadapi masalah serta kesulitan dalam pelbagai urusan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya