PKM guna pita video solat untuk pengaruhi orang Melayu - Utusan Malaysia

PKM guna pita video solat untuk pengaruhi orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 November 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Parti Komunis Malaya (PKM) kini menggunakan pita video yang merakamkan sesetengah anggota mereka sedang melakukan upacara sembahyang, bagi mempengaruhi rakyat khususnya orang Melayu.

Laporan perisik tentera menunjukkan mereka yang bertanggungjawab menghasilkan pita berkenaan ialah anggota Rejimen ke 10 CPM, yang dipercayai berpangkalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 November 1983 – Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Jaya merupakan sekolah pertama menggunakan konsep ‘Persyarikatan‘ dalam usaha untuk menjayakan 25 projeknya yang dianggarkan bernilai lebih RM30,000.
  • 11 November 1984Kerajaan British akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM7.01 juta kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) untuk membina Empangan Sungai Ahning di sempadan Malaysia-Thailand.
  • 11 November 1986Kementerian Perdagangan dan Perindustrian akan mengarahkan sesebuah syarikat menurunkan harga barangan mereka sekiranya didapati kos pengeluaran barangan berkenaan berkurangan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya