TEHERAN: Iran telah menahan empat individu yang disyaki menjadi perisik Israel, lapor media kerajaan pada Khamis.
Kejadian itu berlaku ketika pegawai Amerika Syarikat (AS) membincangkan kemungkinan rundingan damai dengan Iran selepas serangan AS-Israel ke atas Teheran pada 28 Februari yang mencetuskan perang di seluruh Asia Barat.
“Empat ejen yang dikaitkan dengan Mossad telah ditangkap di wilayah Gilan di utara Iran,” lapor agensi berita IRNA, memetik kenyataan daripada Kor Pengawal Revolusi Iran.
Mossad ialah agensi perisikan luar Israel.
“Para tahanan didakwa telah memberikan imej dan lokasi beberapa tapak ketenteraan dan keselamatan sensitif kepada pegawai perisikan Mossad melalui internet,” katanya.
Suspek telah diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman, tambah laporan itu. – AFP










