Tubuh Bank Koperasi Pelajar - Ungku Aziz - Utusan Malaysia

Tubuh Bank Koperasi Pelajar – Ungku Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Oktober 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah Bank Koperasi Pelajar perlu ditubuhkan bagi keperluan para pelajar dan sekolah, kata Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz.

Beliau turut menekankan bahawa, Bank Koperasi Pelajar itu harus memainkan peranan utama dalam semua urusan simpanan wang para pelajar di samping memudahkan urusan lain yang diperlukan oleh semua sekolah di negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Oktober 1971Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) menuntut supaya pembinaan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di ibu kota.
  • 27 Oktober 1975 – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Ahmad Shahabuddin mengumumkan Angkatan Relawan Rakyat (RELA) boleh menangkap seseorang tanpa waran sekiranya disyaki melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
  • 27 Oktober 1977Cengkih dan lada hitam bakal dijadikan tanaman utama penduduk Pulau Langkawi pada masa hadapan kerana kesesuaian iklim dan tanah kata pegawai daerahnya, Jamil Jamaluddin.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya