Lipatan Sejarah: Isu sempadan, P. Pinang setuju penuhi tuntutan Kedah - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Isu sempadan, P. Pinang setuju penuhi tuntutan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang bersetuju memenuhi tuntutan Kedah supaya sempadan antara dua negeri berkenaan ditetapkan di tengah-tengah Sungai Muda.

Isu sempadan ini timbul apabila Pulau Pinang menganggap tebing Sungai Muda di sebelah Negeri Kedah sebagai sempadan bersama, manakala Kedah mahu di tengah-tengah sungai tersebut sebagai sempadan kedua-dua negeri.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Oktober 1979 – Perdana Menteri, Tun Hussein Onn bakal melancarkan rancangan gerak tani, iaitu konsep pertanian yang menyediakan infrastruktur memajukan tanah-tanah yang telah sedia ada di Kampung Certok, Kelantan.
  • 16 Oktober 1982Sultan Johor hari ini menerima sebuah helikopter buatan Perancis jenis ‘Ecureuil 355F’ yang dibeli baginda untuk kegunaan peribadi.
  • 16 Oktober 1983 – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar menggesa syarikat-syarikat perumahan supaya membina kondominium harga sederhana supaya rakyat yang kurang mampu dapat menikmati kehidupan yang lengkap dan selesa.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya