Sijil kerakyatan untuk mereka yang ingin menetap di Pahang - Utusan Malaysia

Sijil kerakyatan untuk mereka yang ingin menetap di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 September 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan orang-orang luar yang menetap di Negeri Pahang dikehendaki mengambil sijil kerakyatan negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Aziz Ahmad.

Ini bagi membolehkan mereka menikmati bersama rancangan yang dijalankan di Pahang sama seperti rakyat di negeri ini sendiri. Berdasarkan undang-undang, kerajaan negeri tidak boleh mengutamakan mereka yang tidak memegang sijil kerakyatan Pahang dalam sebarang rancangan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 September 1972Kerajaan Pahang sedang mengkaji untuk membina sebuah lapangan terbang bernilai jutaan ringgit di Jerantut, khas bagi kegunaan penduduk kawasan pembangunan raksasa Jengka dan sekitarnya.
  • 14 September 1973 – Bayaran tol di Jambatan Sultan Idris kedua di Bota, Perak telah dibatalkan serta merta demi kepentingan ekonomi rakyat dan kemajuan negeri.
  • 14 September 1979Malaysia turut serta dalam senarai 101 pasukan yang berdaftar untuk menyertai pusingan kelayakan pertandingan Bola Sepak Piala Dunia di Sepanyol pada tahun 1982.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya