Perhimpunan Agung UMNO Ke-33 catat sejarah - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO Ke-33 catat sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 September 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perhimpunan Agung UMNO Ke-33 yang bermula hari ini mencatatkan beberapa detik bersejarah yang pasti diingati oleh setiap perwakilan antaranya mengenai ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku presiden parti.

Ucapan beliau yang bertemakan ‘Negara Yang Bermaruah‘ merupakan antara yang terpanjang iaitu, satu jam setengah (1 1/2 jam) dalam rekod ucapan dasar presiden semasa perhimpunan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 September 1982KONTENA Nasional Sdn. Bhd. memberi jaminan kepada pelanggannya, setiap kontena barang akan dihantar dalam tempoh 24 jam berbanding sebelum ini satu hingga tiga hari.
  • 11 September 1983 – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyelaraskan kadar bayaran mas kahwin bagi seluruh negeri meliputi wilayah Adat Perpatih dan wilayah Temenggung mulai tahun hadapan.
  • 11 September 1984Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bakal mewujudkan rangkaian pasarayanya sendiri sebagai satu usaha mengatasi masalah pemasaran barang-barang kegunaan dan makanan yang dicurigai oleh umat Islam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya