Mahathir saran Pas dibubarkan - Utusan Malaysia

Mahathir saran Pas dibubarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Ogos 1982, Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan agar Pas dibubarkan bagi menjamin orang Islam di negara ini tidak berpecah belah.

“Kita tidak perlu ada Pas dan elok saja dibubarkan bagi menjamin umat Islam bersatu padu,” tegas Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir yang juga Presiden UMNO, mengulangi pelawaannya supaya seluruh ahli Pas masuk UMNO.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Ogos 1974Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)akan mula menjual pokok bunga dari rumah ke rumah tidak lama lagi sebagai usaha untuk mencantikkan bandar raya.
  • 6 Ogos 1975Kerajaan Negeri Johor akan membuka sebuah pasar borong bagi memasarkan hasil tanaman yang diperoleh dari Bumi Jaya di bawah rancangan Buku Hijau mulai bulan depan.
  • 6 Ogos 1979Tabung guru bagi murid miskin negeri Perlis telah bersedia untuk membina sebuah bangunan taman didikan kanak-kanak (tadika) yang berharga RM65,000 di Jalan Padang Katong.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya