Jepun jangan utamakan keuntungan semata-mata - Mahathir - Utusan Malaysia

Jepun jangan utamakan keuntungan semata-mata – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Ogos 1984, Utusan Malaysia melaporkan ingatan Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Jepun supaya menyedari hakikat bahawa bahan-bahan mentah dari negara-negara ASEAN merupakan pemberi ‘nyawa’ bagi menggerakkan industri di negara itu dan kemudiannya menjadi asas kepada kemakmurannya.

Perdana Menteri meminta Jepun supaya bersikap sebagai negarawan terhormat yang tidak hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata, tetapi juga apa yang boleh disumbangkan bagi kemajuan dan kemakmuran negara-negara di rantau ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Ogos 1979 – Mufti Kerajaan Terengganu, Datuk Indera Guru Wan Abdul Manan Yaakob menegaskan bahawa nasyid tidak bertentangan dengan Islam sekiranya senikatanya tidak lari daripada berdakwah.
  • 28 Ogos 1984Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) akan membina sebuah kompleks renang yang mengandungi dua buah kolam renang bersaiz Olimpik dan sebuah kolam renang kanak-kanak di Kelana Jaya.
  • 28 Ogos 1985Skuadron ke-13 kapal peronda penyusur pantai (PC13) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan berpindah ke pangkalan baharu di Labuan pada 30 Ogos.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya