Sekolah Izzuddin Shah ditutup selepas pelajar piket - Utusan Malaysia

Sekolah Izzuddin Shah ditutup selepas pelajar piket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 Jun 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh ditutup mulai esok hingga diberitahu kelak, demikian pengumuman oleh Ketua Jabatan Agama Islam Perak, Ahmad Hisham Mat Piah hari ini.

Sebelum itu, kira-kira 300 orang pelajar telah mengadakan piket di padang sekolah bagi membantah kekurangan kemudahan-kemudahan di sekolah tersebut berbanding dengan sekolah-sekolah kerajaan yang lain.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 Jun 1971 – Abdul Latiff Mahmud, 21, muncul juara baharu Kejohanan Golf Melayu Malaysia Ke-3 yang berakhir di Padang Golf Subang.
  • 13 Jun 1972Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memansuhkan syarikat penerbangan sewaan yang pertama di negara ini, Syarikat Penerbangan Southern Cross (Malaysia) Berhad kerana gagal menjelaskan hutang.
  • 13 Jun 1973 – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mengumumkan tindakannya memiliknegarakan syarikat minyak Bunker Hunt kerana merasakan sudah sampai masanya untuk bertindak ke atas kepentingan Amerika Syarikat di rantau Arab.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya