Pasukan bola sepak Malaysia guna sistem 'gerak gempa' - Utusan Malaysia

Pasukan bola sepak Malaysia guna sistem ‘gerak gempa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Jun 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan Malaysia akan menggunakan sistem ‘gerak gempa’ untuk mempertahankan kejuaraan bola sepak ‘Jakarta Raya’ yang akan berlangsung dari 5 hingga 17 Jun ini.

Jurulatih Malaysia, Abdul Ghani Minhat berkata, sistem itu memerlukan kepantasan, stamina dan lincah. “Kalau pemain-pemain tidak dapat memenuhi syarat-syarat berkenaan, maka sistem tersebut akan gagal”, katanya yang juga bekas raja bola sepak negara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Jun 1971 – Seramai 142 orang bayi telah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan di Melaka tahun lalu berbanding 133 orang pada tahun 1969.
  • 4 Jun 1972Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjam Meminjam Guru-Guru Melayu Melaka akan membeli sebuah bangunan tiga tingkat berharga RM600,000 di Jalan Hang Tuah tidak lama lagi.
  • 4 Jun 1973Badan Dakwah Islam Daerah Kuala Pilah telah berjaya ditubuhkan hasil inisiatif oleh Persatuan Mahasiswa Anak-Anak Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.