HKL tubuh unit sakit jantung - Utusan Malaysia

HKL tubuh unit sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Hospital Besar Kuala Lumpur akan mempunyai unit penyakit jantung tidak lama lagi. Seorang pakar jantung terkemuka dari United Kingdom, Prof. Lawson Mac Donald akan tiba di HKL untuk membuat kajian dari semua segi untuk tubuhkan unit tersebut.

Menteri Kesihatan, Tan Sri Lee Siok Yew memaklumkan, projek baharu ini amat diperlukan memandangkan jumlah penghidap sakit jantung semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 15 Jun 1968 – Malaysia dan Australia hari ini menandatangani satu perjanjian projek pembinaan jalan di Sabah dan projek janakuasa
    hidroelektrik di Pergau, Kelantan.
  • 15 Jun 1972 – Nama Jules Ooi, penyanyi dari kumpulan kugiranDe Westerlies‘ yang muncul juara kugiran di Stadium Negara baru-baru
    ini kini menjadi perhatian ramai kerana kehebatannya menyanyikan lagu-lagu Melayu.
  • 15 Jun 1973Presiden Filipina, Ferdinand E. Marcos memaklumkan, pelabur-pelabur Jepun turut membantu kerajaan dalam usaha
    untuk memulihkan semula kehidupan orang-orang Islam di Mindanao.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya