Penasihat Undang-Undang, Timbalan Pendakwa Raya mula pakai songkok - Utusan Malaysia

Penasihat Undang-Undang, Timbalan Pendakwa Raya mula pakai songkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Mei 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Tun Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ishak hari ini buat pertama kalinya menanggalkanwig‘ masing-masing dan memakai songkok ketika mengendalikan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Mereka berbuat demikian setelah mendapat kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi, Gunn Chit Tuan. Seorang peguam dan anggota Dewan Undangan Negeri Kedah, Karpal Singh turut memuji langkah kedua-dua pegawai mahkamah berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 31 Mei 1973 – Buat pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, pemimpin kulit hitam, Thomas Bradley, 56 tahun telah dilantik sebagai Datuk Bandar Los Angeles.
  • 31 Mei 1975 – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bakal menerbitkan sebuah majalah bertajuk ‘Sayap MAS‘ setebal 32 muka surat yang akan diedarkan kepada semua penumpang dalam penerbangan antarabangsanya.
  • 31 Mei 1978Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia akan mendirikan bangunannya sendiri di sebuah kawasan seluas lima ekar di Jalan Ampang berhampiran Rumah Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya