Sekatan bebas bercakap di Parlimen dilaksanakan - Utusan Malaysia

Sekatan bebas bercakap di Parlimen dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 April 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pindaan perlembagaan untuk menghadkan kebebasan bercakap di Parlimen dilaksanakan bagi mengurangkan hujah-hujah yang menyentuh kaum, kata Ketua Hakim Negara, Tun Suffian di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Beliau berkata, “rakyat negara ini yang ingat lagi apa yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 dan selepasnya sedar bahawa perasaan perkauman boleh dengan senangnya menimbulkan isu sensitif seperti bahasa”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 18 April 1978 – Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa keadaan wabak taun di Kelantan dan Terengganu masih membimbangkan dan dalam masa 24 jam lalu, enam orang lagi telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu.
  • 18 April 1982 – Filem ‘PEMBURU‘ arahan Datuk Rahim Razali yang sedang ditayangkan ketika ini benar-benar mencetuskan ‘kontroversi‘ bukan sahaja dikalangan penulis dan pengkritik, malah dikalangan penonton.
  • 18 April 1983 – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sedang mengemaskini dan memperbesarkan unit bahasa di jabatannya bagi memastikan penggunaan Bahasa Malaysia di radio dan televisyen tepat dan betul.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya