Malaysia kembali julang Piala Thomas - Utusan Malaysia

Malaysia kembali julang Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Mac 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Piala Thomas yang menjadi simbol badminton dunia secara rasminya telah diserahkan kepada pasukan Malaysia yang telah diumumkan sebagai juara sejak sembilan bulan yang lalu.

Tepukan gemuruh serta kibaran bendera Malaysia mengiringi penyerahan piala tersebut yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Badminton Antarabangsa, David Bloomer kepada ketua pasukan negara, Teh Kew San di Stadium Wembley malam tadi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 Mac 1971Parti Marhaen Malaysia cawangan Gombak Selatan telah dirasmikan penubuhannya oleh Ahmad Boestamam, Ketua Umum Parti Marhaen Malaysia.
  • 24 Mac 1972 – Tiga orang pemain Malaysia iaitu Tan Aik Huang dan adiknya Tan Aik Mong serta Lee Kok Peng berjaya memasuki pusingan ketiga perseorangan lelaki dalam kejohanan badminton seluruh England.
  • 24 Mac 1973Jeneral Suharto telah dipilih semula secara sebulat suara menjadi Presiden Republik Indonesia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.