Pentadbiran agama angkatan tentera akan dipertingkatkan - Utusan Malaysia

Pentadbiran agama angkatan tentera akan dipertingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 Februari 1978, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan, Datuk Abdul Jalal Abu Bakar berkata, kementeriannya sedang berusaha meninggikan dan melicinkan lagi pentadbiran agama dalam angkatan tentera.

Menurut beliau, kementerian sedar masanya telah tiba untuk pentadbiran agama dalam angkatan tentera diperbaiki lagi terutamanya mengkaji semula kedudukan taraf pegawai-pegawai agamanya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 Februari 1971 – Tun Musa Hitam yang merupakan ahli Parlimen Kawasan Segamat Utara mencatat sejarah menjadi ahli Parlimen pertama dilantik menjadi pensyarah di Universiti Malaya (UM).
  • 13 Februari 1973 – ‘Panthers Rugby League Football Club‘ dari Kelab Sukan Orang-Orang Australia telah menghadiahkan alat sukan kepada nurid-murid Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di Jalan Vale of Temple, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
  • 13 Februari 1974 – Kumpulan ‘Al-Masriah Ghazal Parti‘ dari Bukit Raya, Pendang berjaya mempertahankan kejuaraannya tiga tahun berturut-turut dalam pertandingan ghazal di Pesta Kedah yang diadakan di Alor Setar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya