Terengganu bakal keluarkan minyak mentah - Utusan Malaysia

Terengganu bakal keluarkan minyak mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Januari 1978, Utusan Malaysia melaporkan telaga minyak tepi pantai di Terengganu akan mula mengeluarkan minyak pada awal April ini, kata seorang jurucakap ESSO Production Malaysia Incorporated.

Hasil minyak tersebut akan dikeluarkan dari kawasan telaga minyak di Pulai dan Tapis, masing-masing 160 batu dan 130 batu dari pantai. Sebanyak empat telaga minyak telah digali di Tapis dan lima di Pulai.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Januari 1976 – Bank Pertanian diminta memperluaskan lagi projek pinjaman persekolahan meliputi kawasan-kawasan pengairan sawah padi di seluruh negara.
  • 30 Januari 1978 – Pelakon dan pelawak bertubuh kerdil, M. Kamal mula mendapat perhatian dunia perfileman setelah berjaya berlakon dalam filem Itali berjudul “The Mountain In The Jungle“.
  • 30 Januari 1979 – Kayu gaharu kini telah menjadi bahan eksport bernilai berjuta-juta ringgit bagi negeri Sarawak dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya