Tabung Haji tambah baik perkhidmatan di Mekah - Utusan Malaysia

Tabung Haji tambah baik perkhidmatan di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan Tabung Haji membuat perubahan besar bagi memperbaiki lagi perkhidmatannya kepada jemaah haji Malaysia di tanah suci, termasuk menubuhkan dua buah pusat pemulihan pesakit di Mekah dan Madinah tahun hadapan.

Lain-lain langkah ialah mengadakan rundingan dengan MAS supaya mengaturkan jadual penerbangan bermula lewat tengah malam dan menambah pengambilan pelajar Malaysia di Arab Saudi bagi membantu menguruskan jemaah haji.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 17 Disember 1979 – Sebuah lagi syarikat pengangkutan bas ekspres bumiputera muncul di Melaka apabila Syarikat M.C.W. Ekspress Sdn. Bhd. mula menjalankan perkhidmatan bas ekspress Muar-Melaka-Tampin bermula 1 Disember lalu.
  • 17 Disember 1982 – Malaysia menandatangani satu perjanjian dengan Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANPRC) untuk menjadi tuan rumah bagi sekretariat tetap persatuan tersebut.
  • 17 Disember 1983 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar negeri-negeri yang sering dilanda banjir supaya menyediakan bot-bot kecil untuk memudahkan gerakan pemindahan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.