PAS mula tunjuk belang - Utusan Malaysia

PAS mula tunjuk belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan ingatan Datuk Seri Hamzah Abu Samah kepada seluruh ahli UMNO supaya mengawasi tindak-tanduk Pas yang menggunakan isu penyingkirannya daripada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum nanti.

“Ketika inipun Pas sudah mula menunjukkan ‘belangnya’ dengan menjalankan kempen di beberapa negeri terutama di Kelantan dengan memutarbelitkan hakikat sebenar mengapa ia tersingkir daripada BN mulai semalam”, katanya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Disember 1972 – Sebuah filem berjudul “Pelawaan Untuk Melaburkan Modal” telah dilancarkan dengan rasminya dan akan diedarkan ke seluruh dunia dalam usaha kerajaan memperhebatkan lagi kempen menarik pemodal asing datang ke negara ini.
  • 19 Disember 1977Pegawai British dijangka menyambung rundingan dengan Malaysia dalam usaha untuk membolehkan kapal terbang Concorde melalui ruang angkasa negara ini.
  • 19 Disember 1979 – Kerajaan telah diminta mencari jalan supaya kawasan tinggi di sepanjang sempadan Perak-Thailand dan Lebuh Raya Timur Barat di Ulu Perak dijadikan ladang teh.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.