Enggan amal sikap bersih, cekap dan amanah, 244 dibuang kerja - Utusan Malaysia

Enggan amal sikap bersih, cekap dan amanah, 244 dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 November 1982, Utusan Malaysia melaporkan seramai 244 kakitangan kerajaan telah dibuang kerja, sementara 1,436 lagi dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar etika kerja berkaitan bersih, cekap dan amanah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan itu diambil sejak tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Mereka yang diambil tindakan terlibat di bawah kesalahan Perintah Am Bab D yang mempunyai kaitan dengan kesalahan bersih, cekap dan amanah.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 November 1977 – Pengeluar-pengeluar filem di Malaysia sedang merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhannya sendiri yang diberi nama “Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia“.
  • 30 November 1979 – Jabatan Kastam akan menubuhkan unit peronda pencegah penyeludupan dalam usaha mencegah penyeludupan daripada berleluasa berlaku di negara ini.
  • 30 November 1982Dewan Undangan Negeri Johor meluluskan enakmen penubuhan Yayasan Pelajaran Negeri Johor yang bertujuan memajukan lagi bidang pelajaran di negeri ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya