Malaysia menentang dasar perlindungan negara besar - Utusan Malaysia

Malaysia menentang dasar perlindungan negara besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir hari ini menegaskan kesediaan Malaysia memberi sokongannya kepada negara-negara membangun di rantau ini menentang dasar perlindungan dagangan Australia.

Beliau berkata, “Saya memahami keperluan negara-negara kecil, tetapi negara-negara besar dan gagah harus membuka pasaran mereka dan ini bererti mereka jangan terlalu mengamalkan dasar perlindungan”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Oktober 1974 – Gabungan Perfileman Bumiputera Malaysia yang menyatukan 20 buah syarikat perfileman bumiputera telah dibentuk dengan rasminya semalam.
  • 14 Oktober 1975 – Skim Rukun Tetangga yang pertama bagi Negeri Pulau Pinang telah dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu di kawasan Kelawai, Pulau Tikus.
  • 14 Oktober 1977 – Produser Sabah Filem, M. Borhan memberitahu kelahiran filem terbarunya “Nasib Si Badul” adalah sebagai meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mahu membuktikan orang Melayu mampu menghasilkan filem yang boleh dibanggakan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya