Kapal terbang Vietnam dirampas di Singapura - Utusan Malaysia

Kapal terbang Vietnam dirampas di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Oktober 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah kapal terbang DC-3 kepunyaan Syarikat Penerbangan Vietnam yang dirampas dalam satu drama berdarah semalam telah selamat berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Seletar menuju ke bandar raya Ho Chi Minh.

Kapal terbang yang berlepas tepat jam 9.55 pagi itu telah membawa pulang bersama 31 orang penumpang, tiga orang kakitangan serta dua mayat kakitangan yang terbunuh, manakala empat orang penjenayah yang merampas kapal terbang tersebut kini ditahan oleh pihak berkuasa Singapura.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 31 Oktober 1975 – Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan di Kelantan bagi mencari tapak perumahan yang sesuai untuk orang-orang pelarian Khmer yang sedang berlindung di negeri ini.
  • 31 Oktober 1979 – Dua pemain adik-beradik iaitu Abdah Alif (Bandaran Kuantan) dan Yunus Alif (Kilat Terengganu) akan bertemu dalam perlawanan bola sepak Piala FAM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
  • 31 Oktober 1982 – Tun Musa Hitam hari ini mengarahkan Kerajaan Negeri Kelantan agar mempercepatkan proses penyerahan Hospital Besar Kubang Kerian kepada Universiti Sains Malaysia (USM) untuk dijadikan hospital latihan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya