Penjenayah ahli kumpulan 'Botak Chin' ditembak mati - Utusan Malaysia

Penjenayah ahli kumpulan ‘Botak Chin’ ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan polis menembak mati seorang penjenayah yang dipercayai ahli kumpulan ‘Botak Chin‘ setelah mereka berbalas tembakan di sebuah kedai di Kampung Kovil, Jalan Ipoh.

Lelaki yang terbunuh dikenali sebagai Chan Yee Yan atau Chan Yee Kam, 31, berasal dari Mentakab, Pahang dan mempunyai rekod polis berkaitan pecah rumah tahun 1966. Polis turut merampas tiga pucuk pistol bersama 18 butir peluru dan tiga lelaki turut diberkas dalam pertempuran tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 September 1972 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak penerbangan awam Brunei untuk meluaskan perkhidmatannya ke negara itu.
  • 26 September 1973 – Kuala Lumpur akan mempunyai ‘Pejabat Pos Drive-In‘ dan merupakan yang pertama di wujudkan di negara ini kata Ketua Pengarah Pos, Ong Keng Liang.
  • 26 September 1974 – Kerajaan Negeri Terengganu mengalu-alukan langkah Kementerian Tenaga, Teknologi dan Penyelidikan yang sedang menyiapkan laporan peringkat awal mengenai projek hidroelektrik di negeri ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya