fbpx

Malaysia beli enam buah kapal terbang Boeing

Pada 18 September 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah menandatangani satu kontrak membeli enam buah kapal terbang jenis Boeing 737-200 yang bernilai RM125 juta dengan Syarikat Boeing.

Semua kapal terbang tersebut akan digunakan untuk Syarikat Penerbangan Malaysia (MAL) dan dijangka tiba di negara ini menjelang bulan Oktober tahun hadapan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 September 1971 – Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk membentuk sebuah pertubuhan mengawal keadaan di keseluruhan Asia Tenggara bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul di kawasan berkenaan.
  • 18 September 1972 – Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub hari ini telah mengadakan perbincangan ‘dari hati ke hati’ selama dua jam dengan 33 orang bekas anggota pengganas komunis.
  • 18 September 1982 – Lembaga Lebuh Raya Malaysia hari ini menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah RM70 juta dengan 10 institusi kewangan bagi membiayai pembinaan lebuh raya dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!