Sultan Johor ampunkan 11 orang pemuda - Utusan Malaysia

Sultan Johor ampunkan 11 orang pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Ogos 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sultan Johor telah mengampunkan 11 orang pemuda yang dihukum gantung kerana bersubahat dengan pemberontak Indonesia semasa konfrontasi kepada penjara seumur hidup.

Keputusan ini dibuat oleh baginda berikutan cadangan daripada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada baginda pada 20 Ogos.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 25 Ogos 1974 – Kerajaan Jepun menawarkan 13 biasiswa untuk kursus-kursus ijazah dan ijazah lanjutan dalam bahasa Jepun, kemanusiaan dan sains tulen kepada pelajar-pelajar Malaysia tahun hadapan.
  • 25 Ogos 1982 – Filem “Di Bawah Lindungan Kaabah” arahan Asrul Sani yang memenangi anugerah filem terbaik dalam Pesta Filem Indonesia 1981 akan ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi.
  • 25 Ogos 1983 – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah berkenan membaca puisi Usman Awang yang berjudul “Bunga Popi” di Malam Puisi Tanah Air 1983, di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya