"Ranjau Sepanjang Jalan" pantomen sempena Kongres Kebudayaan Kebangsaan - Utusan Malaysia

“Ranjau Sepanjang Jalan” pantomen sempena Kongres Kebudayaan Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Ogos 1971, Utusan Malaysia melaporkan sebuah pantomen berdasarkan novel “Ranjau Sepanjang Jalan” karya Shahnon Ahmad akan dipentaskan di Universiti Malaya menjelang Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 16 hingga 20 Ogos.

Pementasan pantomen tersebut akan diselenggara oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) manakala seniman dan pengarah filem, Tan Sri P. Ramlee telah diminta untuk mencipta lagu tema untuk pantomen tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Ogos 1972 – Kementerian Pelajaran sedang mengatur rancangan untuk menterjemah buku-buku sains ke bahasa Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan buku-buku rujukan dalam mata pelajaran tersebut.
  • 1 Ogos 1974 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengarahkan supaya kajian dibuat terhadap undang-undang mengawal barang purba bagi mengelak bahan-bahan tersebut dibawa keluar oleh pelawat atau diperdagangkan oleh rakyat negara ini.
  • 1 Ogos 1977 – Kerajaan Selangor akan membina dua bandar baru yang mempunyai pusat pentadbirannya sendiri di Sepang dan Gombak dengan belanja RM7 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.