Penerbangan terbesar di ruang udara Ibu Negara - Utusan Malaysia

Penerbangan terbesar di ruang udara Ibu Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Ogos 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia akan mengadakan ‘penerbangan hormat‘ yang terbesar pernah diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan negara di ruang angkasa Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini.

Sebanyak 32 buah kapal terbang dan jet TUDM akan mengambil bahagian dalam penerbangan tersebut yang terdiri daripada tiga buah helikopter Allouette, sebuah Herald, dua Caribou, sebuah Heron, dua Dove, lima Provost, lapan jet Sabre, sembilan jet Tebuan dan sebuah Merpati.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Ogos 1979 – Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) buat kali pertama telah mengisytiharkan pemberian dividen bebas
    cukai sebanyak 10 peratus.
  • 28 Ogos 1977 – Bintang utama filem “Menanti Hari Esok”, Noorkumalasari selesai menjalani sesi uji bakat di Syarikat Piring Hitam
    EMI untuk melayakkan diri menjadi seorang penyanyi.
  • 28 Ogos 1985 – Perdana Menteri, Lee Kuan Yew hari ini dengan rasminya telah menamakan bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke
    Malaysia, Wee Kim Wee sebagai Presiden Singapura keempat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya