TUDM terima 26 buah helikopter Nuri - Utusan Malaysia

TUDM terima 26 buah helikopter Nuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 April 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima 26 buah helikopter Nuri dan enam buah helikopter Alouette dalam masa dua tahun akan datang, kata Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail.

Dalam tempoh tersebut, TUDM akan melatih sekurang-kurangnya 200 orang juruterbang dan 5,500 rekrut baru sejajar dengan rancangan TUDM untuk memberi bantuan udara yang lebih berkesan kepada angkatan tentera.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 April 1975Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bakal dilengkapi dengan alat sistem pendaratan bagi kemudahan pesawat mendarat terutamanya dalam keadaan cuaca buruk.
  • 4 April 1977Malaysia dan Libya bakal menubuhkan suruhanjaya bersama bagi mengawasi projek-projek usaha sama antara kedua-dua negara.
  • 4 April 1978 – Malaysia akan berunding dengan negara anggota ASEAN bagi membincangkan cadangan mengadakan latihan bersama dalam lapangan sukan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya