Tun Razak Canselor Pertama UKM - Utusan Malaysia

Tun Razak Canselor Pertama UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Jun 1973, Utusan Malaysia melaporkan upacara pelantikan Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tun Abdul Razak yang berlangsung dengan penuh warna-warni di Bangunan Parlimen.

Tun Abdul Razak kemudian mengumumkan pula pelantikan Pro-Canselor universiti iaitu Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin dan Tan Sri Nik Ahmad Kamil.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 Jun 1975 – Hampir 8,000 pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) akan diwajibkan mengambil polisi insurans mulai tahun ini sebagai perlindungan jika berlaku sebarang kemalangan sepanjang pengajian mereka.
  • 24 Jun 1976Perdana Menteri Australia, Malcolm Fraser memberitahu pemimpin-pemimpin China di sini bahawa negaranya akan membantu Malaysia dan Indonesia untuk mencegah penyusupan pengaruh Soviet ke Asia Tenggara.
  • 24 Jun 1977 – Seramai 47 penuntut Malaysia adalah sebahagian daripada 2,064 penuntut yang menerima ijazah di Louisiana State University, Amerika Syarikat pada semester musim bunga yang lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya