PM Singapura beri respons tentang gaji menterinya tertinggi di dunia - Utusan Malaysia

PM Singapura beri respons tentang gaji menterinya tertinggi di dunia

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dan Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Chan Chun Sing akan memberikan respons pemerintah esok tentang cadangan yang dikemukakan oleh satu jawatankuasa yang ditugaskan untuk menyemak gaji pemegang jawatan politik.

Anggota Parlimen akan membahaskan perkara itu pada 10 September, menurut agenda Parlimen yang dikeluarkan pada 7 September.

Ini berlaku empat bulan selepas pemerintah berkata, ia akan menangguhkan pertimbangannya terhadap cadangan-cadangan tersebut.

Ia merupakan isu sensitif yang menjadi perhatian rapat di negara kota itu yang menawarkan gaji tinggi kepada pemegang jawatan politik bagi menarik bakat dan mencegah rasuah.

Singapura membayar gaji kepada pemimpin politiknya pada kadar tertinggi di dunia.

Perdana menteri negara itu memperoleh gaji S$2.2 juta (RM7 juta) setahun

Seorang menteri muda menerima gaji S$1.1 juta (RM3.51 juta).- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×