Tiga pemain Malaysia menjadi perhatian - Utusan Malaysia

Tiga pemain Malaysia menjadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Jun 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pengurus Pasukan Bola Sepak England (B), Bobby Robson berkata, tiga pemain Malaysia iaitu Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh perlu diberi perhatian sepenuhnya dan boleh menjadi pemain harapan negara yang terkemuka dalam arena bola sepak antarabangsa.

Beliau mengakui kehandalan ketiga-tiga pemain Malaysia itu dan kebolehan mereka adalah setanding dengan para pemain pasukannya seperti Golden Hill, Paul Mariner, John Richards, Talbot dan Corrigan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Jun 1975 – Juara tinju ‘heavyweight’ dunia, Muhammad Ali akan menjadi tetamu undangan dalam rancangan Ahmad Daud Show terbitan
    Televisyen Malaysia.
  • 1 Jun 1976 – Pemain utama Indonesia, Rudy Hartono dengan mudah menewaskan pemain Thailand, Sarapong Suharithmerong 15-1, 15-1 dalam masa 21 minit dalam perlawanan perseorangan separuh akhir badminton Piala Thomas di Stadium Hua Mark, Bangkok.
  • 1 Jun 1977 – Beribu-ribu penduduk dan murid-murid sekolah dari seluruh Daerah Dinding telah tergendala perjalanan mereka apabila
    Syarikat Bas Sitiawan Transport melancarkan mogok secara mengejut hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya