Serangan bom dan roket di Ulu Kinta - Utusan Malaysia

Serangan bom dan roket di Ulu Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Jun 1971, Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan melancarkan serangan roket dari udara dan tembakan meriam katak untuk menghapuskan saki-baki pengganas komunis di Daerah Sungai Siput, Ulu Kinta, Perak.

Gerakan besar-besaran itu dilancarkan berikutan pertempuran singkat antara pasukan ronda keselamatan dengan sekumpulan pengganas komunis di daerah itu semalam mengakibatkan seorang lagi anggota pasukan keselamatan terbunuh dan dua yang lain cedera.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Jun 1972 – Malaysia telah mendaftar untuk menyertai empat daripada tujuh acara sukan lumba basikal di Olimpik Munich pada bulan Ogos ini.
  • 25 Jun 1973 – Kumpulan Nasyid Seruan Suci Daerah Sabak Bernam yang ditubuhkan kira-kira setahun lalu kini bertambah maju dan berjaya menarik minat orang ramai.
  • 25 Jun 1974 – Belanda merupakan negara kelima terbesar yang membeli barang-barang dagangan dari Malaysia, kata dutanya ke Malaysia Tuan J. A. Kernkamp hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya