Petronas bekal minyak ke Filipina - Utusan Malaysia

Petronas bekal minyak ke Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Jun 1976, Utusan Malaysia melaporkan Petroliam Nasional Berhad, Petronas akan membekalkan minyak mentah antara 8,000 hingga 10,000 tong sehari kepada Filipina menerusi persetujuan yang dicapai hari ini.

Persetujuan tersebut dicapai menerusi satu rundingan antara pihak Petronas dengan Syarikat Minyak Negara Filipina. Petronas diketuai oleh Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Tengku Razaleigh Hamzah manakala Syarikat Minyak Filipina oleh pengerusinya, Geronimo Z. Velasco.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Jun 1971 – Malaysia adalah antara 54 buah negara yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang akan diadakan pada 1974.
  • 11 Jun 1975 – Kerajaan berharap Melaka akan menjadi pusat pelancongan yang menarik di Asia Tenggara pada satu masa nanti, kata Ketua Menteri, Abdul Ghani Ali.
  • 11 Jun 1976 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengadakan majlis konvokesyen bagi 417 orang siswazah diplomanya dalam berbagai bidang di Stadium Negara pada 7 Ogos depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.