Anasir jahat menyusup ke dalam badan berkanun - Utusan Malaysia

Anasir jahat menyusup ke dalam badan berkanun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Jun 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman berkata, ada unsur-unsur jahat telah menyusup masuk ke dalam badan-badan berkanun kerajaan dan badan-badan awam dalam usaha mereka untuk menghancurkan negara ini.

Jelasnya, beberapa anasir-anasir subversif dan komunis telah cuba menggunakan orang-orang berpengaruh untuk menyokong rancangan jahat mereka.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Jun 1972India dan Bangladesh secara bersama telah bersetuju bahawa penyeludup-penyeludup mesti ditembak apabila ditangkap di sepanjang sempadan kedua-dua negara itu, kata Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Abdul Mannan semalam.
  • 27 Jun 1973MIC peringkat negeri Perlis telah ditubuhkan dengan rasminya dalam satu perjumpaan khas di Kelab Hokkian kelmarin.
  • 27 Jun 1974 – Seluruh Daerah Batang Padang diisytiharkan sebagai kawasan “penyakit kembung” kerbau, lembu dan kambing.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya