Botak Chin dihukum gantung - Utusan Malaysia

Botak Chin dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Wong Swee Chin atau Botak Chin dijatuhkan hukuman mati di tali gantung oleh Mahkamah Tinggi kerana memiliki tiga pucuk pistol, 75 butir peluru dan dua butir bom tangan.

Botak Chin, 29, didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut di bawah Seksyen 57(1)(A) bagi senjata api dan 57(1)(B) bagi peluru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 17 Mei 1972 –
    Tun Abdul Razak menyatakan bahawa Lembaga Tabung Haji mendapat keuntungan tidak kurang dari RM125,000 setiap tahun dengan menggunakan kapal-kapal Syarikat Perkapalan Great Malaysia Line untuk mengangkut bakal-bakal haji.
  • 17 Mei 1977 –
    12 orang telah disahkan terbunuh dan 29 lagi cedera termasuk 11 parah dalam satu kemalangan paling ngeri melibatkan sebuah bas dan sebuah lori dekat pekan Masai.
  • 17 Mei 1979 –
    Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd. Amin bin Osman telah dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya