Akademi Sains Islam Malaysia ditubuhkan - Utusan Malaysia

Akademi Sains Islam Malaysia ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Mei 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Akademi Sains Islam (ASASI) Malaysia telah ditubuhkan dalam satu perjumpaan yang dihadiri oleh kira-kira 30 orang sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setiausaha penajanya, Encik Osman Bakar berkata, penubuhan itu adalah penting bagi mengubah tanggapan para “intelektual” kononnya Islam dan sains sebagai dua “realiti” yang bertentangan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Mei 1971 – Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia buat pertama kalinya mempunyai sebuah kapal pendarat kereta kebal yang dinamakan K.D. Sri Langkawi mulai 5 Julai depan.
  • 30 Mei 1972 – Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini bersetuju dengan syor menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan hujung minggu.
  • 30 Mei 1974 – Badan pengintip Jepun telah bergerak di Bandaraya Chiang Mai di bahagian utara Thailand dengan berpura-pura menubuhkan sebuah yayasan agama menurut akhbar berbahasa Thailand, “Prachathipathai”.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya