Anwar masuk UMNO - Utusan Malaysia

Anwar masuk UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Mac 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk bergerak cergas dalam politik UMNO “kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Dr. Mahathir Mohamad”.

Menurut Anwar, beliau kagum dengan usaha Perdana Menteri untuk memerangi rasuah, menghapuskan kemiskinan dan memelihara kepentingan orang-orang Melayu. Pengumuman mengenainya dibuat di hadapan Dr. Mahathir, sekaligus membuka jalan bagi Anwar bertanding sebagai calon Barisan Nasional yang akan berlangsung pada 22 April ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Mac 1969 – Filem “Bukan Salah Ibu Mengandung” arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang menjadi pro dan kontra dalam masyarakat kerana
    mempunyai babak cium dan adegan seks hampir selesai penggambarannya
  • 30 Mac 1972 – Satu perbarisan pegawai dan askar-askar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diadakan di Pangkalan TLDM Woodlands,
    Singapura baru-baru ini sempena penubuhan skuadron latihannya
  • 30 Mac 1979 – Seramai 1,107 keluarga dari berbagai kaum dari seluruh negara telah berjaya menikmati hasil di Rancangan Felda Purun dan
    Mayam di Pahang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya