Lebuh raya baharu bakal dibina di Kedah. - Utusan Malaysia

Lebuh raya baharu bakal dibina di Kedah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Februari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga lebuh raya baharu menelan belanja RM415 juta akan dibina di Kedah secara berperingkat mulai tahun ini dan dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun.

Lebuh raya pertama ialah dari Bukit Kayu Hitam ke Jitra (RM25 juta) sejauh 26 kilometer (km) yang merupakan tambahan keluasan jalan raya sedia ada, kedua lebuh raya empat lorong berkembar dari Jitra-Alor Star/Butterworth sejauh 113km yang juga merupakan terbesar menelan belanja RM250 juta.

Projek ketiga ialah jalan raya dari Grik-Baling-Kulim dan Butterworth berharga RM140 juta yang akan dilaksanakan pada tahun 1982.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Februari 1977 – Pelakon drama terkenal di Radio dan TV Malaysia, Salim Bachik, 42 meninggal dunia akibat serangan jantung
  • 8 Februari 1983 – Sebuah meriam penangkis kapal terbang dipercayai kepunyaan Tentera British dijumpai separuh tertanam oleh pencari madu lebah di kemuncak bukit di Tanjung Tokong.
  • 8 Februari 1984 – Satelit perhubungan Indonesia ‘Palapa B-2’ diisytiharkan hilang selepas beberapa jam dilancarkan oleh kapal angkasa Challenger.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya