Tun Razak umum kerajaan campuran Perikatan-Pas - Utusan Malaysia

Tun Razak umum kerajaan campuran Perikatan-Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Disember 1972, Utusan Malaysia melaporkan pengumuman Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengenai kerajaan campuran Perikatan-Pas akan berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun hadapan.

Menurut Tun Abdul Razak, satu rombakan Kabinet akan diadakan tidak lama lagi bagi membolehkan Yang Dipertua Agung Pas, Datuk Mohamad Asri menyertai barisan menteri Kerajaan Pusat. Rombakan tersebut akan diumumkan selepas sambutan Hari Krismas.

Antara peristiwa lain yang menarik

23 Disember 1968 – Kerajaan Pusat memilih tiga syarikat dari Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Belanda untuk menjalankan perlombongan bijih timah di dasar laut Malaysia.

23 Disember 1972 – 315 orang dari Kampung Tersan Sega yang teruk dilanda banjir 1971 kini gembira di penempatan baharu di Kampung Ulu Renggol, Raub.

23 Disember 1977 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Abdullah berkata, menurut kajian 1977, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mencatatkan sejumlah 175,390 setinggan yang terdiri dari 29,308 rumah di 106 buah perkampungan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.