Gelaran Tun pertama kali ditarik balik - Utusan Malaysia

Gelaran Tun pertama kali ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 29 November 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Yang Di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman telah bertindak menarik balik gelaran “Tun” daripada Lim Yew Hock. Tiada sebarang alasan diberikan.

Yew Hock ialah bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia pada tahun 1963-1966. Sewaktu di sana beliau menjadi bahan berita hangat di seluruh dunia kerana dilaporkan hilang dari kediamannya di Canberra.

Beliau hanya pulang sembilan hari kemudian setelah gerakan mencarinya dilakukan secara besar-besaran oleh Polis Antarabangsa dan rayuan dari Tuanku Abdul Rahman sendiri.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 29 November 1968
    Sejak 1951 hingga 1968, kira-kira 11,705 orang bumiputera telah mendapat kemudahan pinjaman dari MARA.
  • 29 November 1971
    Universiti Malaya bersedia mengambil alih tugas mengendali dan memproses peperiksaan Sijil Persekolahan dan Sijil Tinggi Persekolahan dari Lembaga Peperiksaan Cambridge.
  • 29 November 1974
    Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Hamzah Abu Samah memberitahu sebanyak 32 buah negara asing telah melabur di Malaysia, antaranya Jepun dengan 86 perusahaan, UK (64) dan Amerika (59).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.