Agong berangkat ke Moscow

Agong berangkat ke Moscow

SULTAN Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow hari ini atas jemputan khas Russia menjelang sambutan ulang tahun hari kemenangan - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow hari ini atas jemputan khas Russia menjelang sambutan ulang tahun hari kemenangan yang jatuh pada 9 Mei.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat peribadi Seri Paduka berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor kira-kira pukul 8 pagi.

“Jemputan khas daripada Presiden Russia, Vladimir Putin kepada Seri Paduka untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Russia terhadap Malaysia,” kata hantaran itu.

Berangkat sama untuk mengucapkan selamat berangkat ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad.

Turut serta ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) serta pegawai-pegawai kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN